Gotong – Royong Bubur Asyura Komuniti Batas Lintang
24 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniNADI telah mendapat jemputan dari komuniti Batas Lintang dengan kerjasama KEMAS bagi sama-sama menjayakan program mengacau bubur asyura sempena Hari Asyura.Turut terlibat Bersama NADI Batas Lintang, NADI Tambun Tulang, NADI RPA Arau dan NADI Padang Besar Selatan. Tujuan program ini diadakan adalah memperingati Hari Asyura dan saling mengeratkan hubungan antara komuniti semasa program berlangsung.
Kesimpulannya, dengan adanya program seperti ini dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADIi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: